Seekor burung terbang melintasi gerhana matahari separa pada jam 7.40 pagi pada 9 Mac 2016. Fenomena gerhana matahari ini umumnya boleh berlaku apabila tiga jasad besar di angkasa lepas, iaitu bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari. Hasil daripada kedudukan yang unik ini, bulan berupaya menutupi matahari, mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa dan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya. Gerhana matahari terjadi ketika kedudukan bulan di antara bumi dengan matahari sehingga menutup sebahagian atau seluruh cahaya matahari. BERNAMA / Ariff Sarbri
::fotowarung.net